Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2025

PENJAGAAN KESIHATAN WANITA SIAM SEMASA MENGANDUNG DAN SELEPAS BERSALIN: AMALAN DAN KEPERCAYAAN.

Imej
AMALAN DAN KEPERCAYAAN PENJAGAAN KESIHATAN WANITA SIAM SEMASA MENGANDUNG DAN SELEPAS BERSALIN.  PENJAGAAN KESIHATAN WANITA SIAM SEMASA MENGANDUNG DAN SELEPAS BERSALIN: AMALAN DAN KEPERCAYAAN  Penjagaan kesihatan diertikan sebagai tindakan atau usaha seseorang  untuk mengekalkan kesihatan melalui kaedah penjagaan kesihatan yang bermanfaat serta menjauhi tindakan yang boleh mendedahkannya kepada pelbagai keuzuran. Kajian antropologi perubatan terhadap kesihatan masyarakat menunjukkan bahawa penjagaan kesihatan pada hari ini banyak bergantung kepada budaya atau cara hidup sesebuah masyarakat. Budaya digunakan sebagai alat untuk mereka menghadapi cabaran penyakit dan masalah berkaitan kesihatan. Petua dan pantang larang merupakan salah satu cabang budaya berbentuk bukan material. Petua adalah panduan tentang baik buruk sesuatu perkara yang dilakukan. Manakala pantang-larang merupakan larangan ataupun tegahan terhadap sesuatu perlakuan ataupun percakapan bertujuan untuk menghi...