Scan with mysejahtera - Ara Mobile Beauty

Kami telah membuat persediaan awal dengan melakukan sanitasi ke atas semua peralatan yang akan digunakan oleh pelanggan. Kami juga akan memastikan pelanggan yang membuat rawatan adalah dalam keadaan sihat dan merekodkan maklumat mereka. Antara SOP yang kita sentiasa amalkan sejak dahulu lagi termasuk menyediakan borang pendaftaran dan kaji selidik kesihatan pelanggan. Terapis akan memeriksa suhu badan pelanggan dan memberikan cecair sanitasi tangan sebelum memulakan sesi rawatan. Pelanggan perlu memuat turun aplikasi MySejahtera bagi pendaftaran masuk. SOP ketat ini penting kerana industri ini amat menitikberatkan aspek kebersihan apatah lagi kami yang sentiasa berdepan dengan pelanggan. Kita hanya menerima pelanggan melalui tempahan dalam talian. Kami tidak menerima pelanggan yang tidak membuat sebarang temujanji. Kita tidak mahu kes jangkitan COVID-19 kembali meningkat atau wujud kluster baharu disebabkan kegagalan mematuhi SOP. Kita galakkan pelanggan pakai mask, sanitasi bilik rawa...