Fauder Ara Mobile Beauty " Fb: Post natal sabah

"Mempelajari sejarah lama adalah penting satu dari sebabnya ialah sejarah dapat membantu dalam mencapai kejayaan masa kini dan hadapan"
Kenal siapa dia di sebalik Ara Mobile Beauty
.

Assalammualaikum, Saya Puan Ara, pengasas kepada Ara Mobile Beauty dengan panggilan mesra Puan Ara @ kak Ara. Saya berkelayakan dan memiliki sijil-sijil yang berkaitan dengan tahap kemahiran yang saya miliki. Tema perniagaan yang dibawa dalam profesion penjagaan ibu bersalin bertemakan rawatan berpantang secara alami gabungan tradisional dan moden, ala kampung, tak hilang lapuk ditelan zaman warisan berpantang secara tradisional melayu. Tersebar di merata dunia mereka yang diluar datang ke Malaysia untuk belajar dan memperatikkan secara keseluruhan rawatan-rawatan melayu ini ditempat mereka. Kita generasi yang kini terus mengekalkan adat warisan kita.

Saya dalam proses membuat menambah baikkan dari segi pengurusan, perkhidmatan layanan dan perkhidmatan rawatan, pakej-pakej rawatan tradisional, bagi memperkemaskan lagi atur cara kerja dalam setiap rawatan untuk keberkesanan dalam setiap rawatan yang akan saya lakukkan.

Rawatan dilakukkan dengan penuh ketekunan dan tertib mengikut adat tradisi budaya melayu.


Banyak pakej yang diberi nama yang cukup indah dan mudah diegati dari sumber sejarah lampau, terutama dari sejarah lagenda bangsawan cerita melayu lama.

Kerana saya cintakan warisan Melayu, warisan Melayu indah di mata dunia.

Kerana berkisahkan sejarah lampau dahulukala.

Ara Mobile Beauty menyediakan rawatan-rawatan kecantikkan dan kesihatan berkonsepkan tradisional melayu lama.


Dari segi urutan, penyediaan tempat rawatan, dari segi dekorasi smuanya berkonsepkan tradisi melayu.
Penggunaan bahan yang digunakan dari sumber herba dari alam semulajadi, dan diproses dengan cara selamat, mengikut tradisi.

Dalam sesi urutan minyak yang digunakkan adalah minyak kelapa, banyak kelebihan minyak kelapa mengikut tradisi, minyak kelapa, melancarkan pergerakan urutan sebagai bahan utama yang digunakan untuk melicinkan proses urutan ,di samping untuk mengelakkan rasa sakit akibat urut tradisional, ia juga bertindak sebagai pelembab dan mengelak kulit kering dan menggelupas.
Selain itu juga minyak kelapa dapat melambatkan proses penuaan (keanjalan & kelembutan lebih ketara) dan dapat merawat sakit kulit.
Selain itu juga bahan-bahan dalam rawatan semuanya berasaskan herba semulajadi.

Saya tertarik dengan makna tersirat dibalik,
Sirih – Diertikan sifat rendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain.
Kapur – Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi jika keadaan tertentu yang memaksanya ia akan berubah lebih agresif dan marah.
Gambir – sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati.
Pinang – Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur.
Tembakau – Melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal.

Dalam menyajikan herba ada diantara bahan yang cukup baik dan banyak k khasiatnya, seperti yang dinyatakan.
Bukan sekadar kebaikkan dan manfaatnya tetapi juga melambangkan sifat dan keperibadian orang melayu.

Rawatan cara aturan dalam rawatan masih lagi dikekalkn seperti rawatan berpantang yang penuh tertib dengan adat tradisi.


Banyak rawatan disajikan buat wanita jelita diluar sana.

Pelanggan boleh menikmati rawatan dengan rasa selesa, dan tenang bersama Ara Mobile Beauty.



Bidang terapi spa ini juga sama seperti bidang jururawat, di mana mampu memberi rawatan kepada mereka yang memerlukan serta membantu memberi ketenangan minda, kelegaan dalam kesakitan dan menghilangkan tekanan.

"ARA MOBILE BEAUTY mengucapkan jutaan terima kasih kerana MEMILIH UNTUK BERPANTANG BERSAMA KAMI, WAKTU BERPANTANG IBU-IBU LEBIH BERKUALITI BERSAMA KAMI."
Terima kasih sepanjang tempoh ini pelanggan sentiasa menyokong dan memberi maklum balas yang baik.
Terima kasih buat smua.
Postnatal Therapist.
Tengkumariam Zaharah
Founder Ara Mobile Beauty

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pakej Rawatan Pantang-kota kinabalu Sabah

Sejarah dan asal usul berpantang bangsa melayu yang menjadi ikutan sehingga ke hari ini.

Kelas rawatan berpantang-kota Kinabalu Sabah