Kongsi Moment indah Semasa Berpantang Bersama Ibu Berpantang.

               
Kongsi Moment Semasa Berpantang
Bersama Puan Dayang Selama 7hari Pakej Rawatan Berpantang. 

Dari tutur katanya budi bahasanya memang baik orangnya. 
Sepanjang saya memberikan perkhidmatan rawatan berpantang kepada Puan Dayang saya dilayan dengan begitu baik sekali malah dianggap seperti keluarga sendiri. 

Dari hari pertama sehingga ke7 alhamdulillah selesai rawatan berpantang ibu yang bersalin czer ni, banyak yang dikongsi bersama saya terutamanya pengalaman ketika melahirkan. 
Baby pun sehat, hnsem mcm En.  Suami Puan Dayang. 

Hadian yang sy terima dari Puan dayang selepas rawatan segan sangat, rasa mcm majlis tukar-tukar hadiah pula. 
Terima kasih dari saya, saya sangat menghargainya. 

Hari pertama kedatangan sy kerumah puan dayang, sy disambut sekor kucing hitam bermata bulat yang menggu kedatangan cik Ara. Terima kasih. 

Rawatan exlusif rawatan rapi dalam pantang yang terbaik saya berikan buat Puan Dayang, 
Lagi-lagi urut dibahagian kepala dia mmg suka... Nampak lebih selesa. 
Rawatan dilakukan dalam bilik khas. 

Rawatan Bertuam ada tersenarai dalam pakej rawatan berpantang, selama 7hari,  dan ada juga rawatan-rawatan lain seperti mandi rempah, berlulur, serta rawatan rambut. 

Mudah urusan tugas rawatan dikediaman puan dayang,  makcik, ibu puan dayang sentiasa memberi khidmat bantuan kepada saya ketika yg membuat persediaan awal untuk membuat rawatan. 
Sentiasa mendapat perhatian dan kerjasama dari pihak keluarga Puan dayang. Terima kasih banyak-banyak. 

Siapa yang nak mengurut ni, bukan sekor tp lebih dari itu. 
Sementara menunggu pembantu Therapist saya,  selfie dulu dengan sibulu ni. 

Pusing-pusing cari apa? Mintak puji.... 
Mintak manja.... Tk malu... 
Santai di hujung minggu... 

Setiap kali datang sy dihidangkan air kuih, tengok bertapa rajin ibu dalam pantang, gigih menyiapkan hidangan buat saya, katanya bukan selalu. 
Segan rasanya menyusahkan pula, minum juga, susah-susah si puan buatkan untuk saya. 
Rasanya apa yang difikirkan... 
Manjanya mengalahkan baby... 
Nak ikut blik ke? 
Terima kasih puan dayang antara minuman kegemaran sy, sirap...

Terima kasih Puan Dayang Maisarah. 
Semoga Puan Dayang diberikan kesihatan yang baik sepanjang masa, selamat meneruskan Moment indah berpantang sepanjang tempoh 100hari dari hari ini. InsyaAllah 

Ni lah jiwa orang yang bersikap penyayang,  semoga Allah memperluaskan rezeki mereka sekeluarga. Amin. 

Saya tak kan lupa kenagan indah dikediaman Puan Dayang Maisarah sekeluarga, mereka sekeluarga amat cintakan haiwan kesayangan nabi ini. Terpancar kasih syg, perhatian daripada kebaikan yang dilakukkan. 
Saya sentiasa menghargai setiap layanan istimewa dari keluarganya buat saya. Terima kasih banyak-banyak. 
Tidak lupa kepada pembantu Therapist saya yang banyak membantu saya dalam menyempurnakan setiap hari-hari rawatan yang dijalankan. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pakej Rawatan Pantang-kota kinabalu Sabah

Sejarah dan asal usul berpantang bangsa melayu yang menjadi ikutan sehingga ke hari ini.

Kelas rawatan berpantang-kota Kinabalu Sabah