Sejarah dan asal usul berpantang bangsa melayu yang menjadi ikutan sehingga ke hari ini.

Hubungi


Wanita sentiasa berusaha untuk terus kekal sihat selepas bersalin untuk mengembalikan kesihatan dan mengelakkan kesihatan ibu dan anak pada masa depan. Makalah yang menggunakan perspektif budaya Melayu ini mempunyai tujuan utama. Memahami amalan penjagaan kesihatan wanita Melayu semasa dalam pantang.

Pengaruh kepercayaan dalam amalan penjagaan kesihatan mereka semasa dalam pantang. kepercayaan wanita Melayu tentang sejuk dan panas, keseimbangan tubuh, simbolisme tentang darah, gangguan makhluk ghaib mempengaruhi amalan penjagaan kesihatanmereka semasa dalam pantang. Tubuh mereka dianggap sebagai kotor Semasa dalam pantang, wanita Melayu banyak mengamalkan mandi teresak, bedian, berurut dan bertungku, pantang dari segi makanan dan hubungan seks, berehat dan mengambil ubat-ubat panas.

Penggunaan tumbuhan ubatan dalam amalan perbidanan herba merangkumi bahan-bahan mentah tumbuhan seperti daun, bunga, buah-buahan, biji, batang, kayu, kulit kayu, akar rizom atau bahagian tumbuhan yang lain. Ia boleh merujuk kepada keseluruhan bahagian tumbuhan, beberapa bahagian tumbuhan tertentu sahaja atau dalam bentuk serbuk.

Herba atau disebut juga sebagai tumbuhan ubatan, merupakan bahan yang digunakan dalam penjagaan kesihatan terawal, yang mana ia diamalkan sejak berkurun-kurun lamanya. Bukti-bukti telah menunjukkan bahawa ianya telah digunakan dalam pelbagai perubatan tradisional tidak kurang dari 5000 tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, dalam amalan perubatan tradisional tumbuhan dalam bentuk asal digunakan iaitu tumbuhan tersebut tidak ditulenkan melalui proses pengekstrakan. Selain itu, dalam perubatan tradisional, pengamalnya cenderung mencampurkan beberapa jenis herba dalam satu ramuan kerana mereka percaya campuran herba tersebut dapat menambah kesan rawatan yang lebih baik, terdapat banyak produk-produk herba yang dihasilkan menggunakan campuran pelbagai tumbuhan ubatan. Herba yang digunakan dalam air mandian dipercayai berfungsi untuk memberi tenaga dan rasa kesegaran kepada si ibu.

Tumbuhan ubatan juga dimasak dengan minyak kelapa untuk dijadikan minyak urut, diproses menjadi pilis dan param untuk disapu ke bahagian tertentu pada tubuh si ibu. Pengambilan herba dalam bentuk cecair seperti jamu dan ubat periuk (juga dipanggil air periuk) pula bertujuan membantu mengecutkan peranakan dari dalam.

Dalam rawatan dan penjagaan tradisional Melayu selepas bersalin juga, tumbuhan ubatan tidak dapat dipisahkan. Ia merupakan ramuan utama yang digunakan dalam ramuan mandian ibu dan bayi, ramuan sapuan (ubatan secara luaran) sebagai ubat-ubatan yang dimakan atau diminum sebagai minuman tenaga atau dimakan sebagai lauk pauk (ubatan dalaman). Kini, telah banyak kajian dilakukan ke atas tumbuhan herba dan telah membuktikan bahawa tumbuhan tempatan memang mempunyai kesan terapeutik.

Sebagai contoh, batang serai wangi (Cymbopogon nardus (L.) Rendle) yang digunakan sebagai ramuan air mandian mengandungi bioaktiviti antimikrobial Daun mengkudu (Morinda citrifolia L.) pula mempunyai ciri-ciri aktiviti anti oksidan, anti mikrobial, hipotensif, kesan analgesik dan pengenduran otot rahim dan anti serangga dan halia (Zingiber officinale Roscoe) pula mengandungi kesan antibakteria. Bioaktiviti-bioaktiviti ini berlaku apabila sebatian-sebatian kimia tertentu yang terdapat dalam tumbuhan tersebut melalui proses-proses penyediaan dan campuran tertentu seperti direbus dan sebagainya.

Dalam pantang, keseimbangan tubuh, penghindaran makanan, penghindaran seks, penjagaan kesihatan serta rawatan.

Wanita yang baru lepas bersalin berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya mereka.
Jangka masa yang diperuntukkan untuk wanita berada dalam pantang berbeza mengikut budaya dan tempat, misalnya wanita Russia berada dalam pantang selama 40 hari, wanita Thai selama 30, wanita Melayu selama 44 hari Semasa dalam pantang, wanita dibenarkan untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh.

Kebanyakan budaya mengakui kemungkinan kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita ekoran daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu diperbetulkan, dijaga dan dicegah supaya tubuh mereka kembali kepada keadaan asal. Tubuh wanita yang baru lepas bersalin berada dalam keadaan kotor, lemah (baik dari segi semangat atau tenaga) dan sejuk, peranakan kembang, terbuka dan luka, darah kotor tidak keluar habis dan unsur tubuhtakseimbang yang memudahkan mereka terdedah kepada gangguan makhluk ghaib dan penyakit.

Mereka juga dibebaskan daripada peranan sosial, baik dalam lingkungan domestik mahupun awam. Wanita yang bekerja dalam sektor awam dan swasta diberi cuti bersalin yang tempohnya berbeza antara negara dan sektor. Selepas tempoh pantang mereka dipercayai sudah berupaya untuk melakukan semula peranan sosial mereka.

Rawatan kesihatan wanita Melayu dalam pantang dari sudut budaya masih kurang didokumenkan sepenuhnya, menganalisis amalan penjagaan kesihatan semasa dalam pantang yang diamalkan oleh wanita Melayu.
Menginterpretasikan pengaruh kepercayaan ke atas amalan penjagaan kesihatan tersebut. Andaian di sini ialah, kepercayaan tradisi masih menebal pengaruhnya dalam amalan penjagaan kesihatan wanita Melayu semasa dalam pantang (seperti keseimbangan tubuh, kotor,dan nilai budaya) walaupun sudah ada penularan kepercayaan moden dalam kalangan mereka. Penjagaan kesihatan di sini merujuk kepada amalan mencegah, merawat dan mengurus kesihatan diri yang diamalkan oleh wanita semasa dalam pantang.

Orang Melayu merujuk kepada jangka masa antara 44 hingga ke 100hari selepas bersalin di mana wanita dibebaskan daripada peranan sosial, ekonomi(bekerja) dan keagamaan (seperti sembahyang, puasa dan membaca Al-Quran). Dalam tempoh tersebut, mereka dibebaskan daripada hubungan seks dengan suami, tugas-tugas dalam lingkungan domestik dan perlu menjaga kesihatan diri dalam usaha merawat tubuh dan menghindari penyakit pada masa depan.

Amalan lazim dalam rawatan dan penjagaan tradisional Melayu selepas bersalin. Kepelbagaian etnik dalam rumpun bangsa Melayu sendiri seperti Minang, Jawa, bugis, banjar, dan lainnya telah memperkayakan lagi budaya amalan bangsa Melayu.

Amalan-amalan yang lazim dalam perawatan tradisional Melayu selepas bersalin turut dipengaruhi oleh faktor budaya yang diamalkan di sesuatu kawasan. Walau bagaimanapun, amalan-amalan ini mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk memulihkan, menjaga kesihatan ibu selepas bersalin serta mencegah sebarang masalah kesihatan di masa akan datang.

Wanita Melayu secara umumnya berada dalam pantang selama antara 40hingga ke 100hari selepas bersalin. Untuk tempoh 44hari pertama, mereka banyak berehat, merawat dan menyucikan tubuh serta berusaha untuk mencegah penyakit di masa depan dengan mengamalkan amalan tradisi yang diamalkan oleh ibu mereka seperti bedian, mandi teresak, bertungku dan berurut, barut perut ,
makan ubat (air hangat, jamu dan makjun) dan mencegah gangguan makhluk ghaib (seperti syaitan/hantu), tidak melakukan hubungan seks dan tidak makan makanan sejuk (seperti buah pisang embun, ciku, betik atau sayuran seperti kangkung, terung, petola, timun dan bayam).

Penjagaan tubuh selepas bersalin, tubuh sejuk dan lemah, urat putus, peranakan terbuka, kembang atau bengkak akibat daripada proses mengandung, dan bersalin. Proses mengandung juga menyebabkan uri, darah kotor dan beku terbentuk dan bahan-bahan ini sepatutnya keluar semasa proses bersalin. Namun begitu, mereka percaya ada juga keadaan di mana bahan-bahan tersebut tidak keluar habis dan ini boleh menyebabkan penyakit dan kadang-kandang boleh membawa kepada kematian.

Adat budaya Melayu juga percaya bahawa setiap kali mereka bersalin, satu urat dalam tubuh putus ditanya bagaimana mereka tahu hal tersebut berlaku, semua mengatakan tidak pasti tetapi banyak mengaitkannya dengan proses bersalin yang memerlukan mereka meneran untuk mengeluarkan bayi.

Bagi mempastikan bahan yang tidak diingini ini keluar habis dan urat yang putus pulih, mereka melakukan beberapa amalan seperti barut perut (bebekum), bertungku dan berurut, bedian (berdiang), makan ubat panas dan menghindari makanan sejuk serta berehat.

Pandagan ibu yang bersalin melalui pembedahan, pantang dan jangka masa serta cara mereka mengamalkan amalan tersebut sahaja yang berbeza.


Budaya Melayu menyediakan ruang untuk wanita dalam pantang memulihkan diri dengan berehat. Kebanyakan keperluan mereka dan bayi seharusnya disediakan dan dijaga oleh ahli keluarga lain. Dalam keadaan biasa, kaum wanita dipersalahkan apabila tidak ada makanan untuk dimakan oleh kaum keluarga atau apabila mereka tidak memasak untuk keperluan keluarga.

Semasa berpantang, keperluan makanan
mereka juga dijaga oleh ahli keluarga lain, pembantu atau suami terutama dua tiga hari selepas bersalin.

Ibu mertua atau adik beradik perempuan banyak menolong mengurus keperluan keluarga.
Bagi yang tidak berpeluang mendapat pertolongan sepanjang masa pantang,mereka terpaksa melakukan sendiri,tetapi tidak berani bergerak seperti biasa mendedahkan diri kepada air sejuk takut masuk angin atau mengangkat benda berat.
Mereka yang melanggar pantang larang ini dikhuatiri mnyebabkan anggota dalaman yang cedera menjadi bentan.

Wanita dalam pantang juga tidak digalakkan untuk keluar rumah terutama sekali di waktu maghrib dan malam, melakukan perjalanan jauh dan menziarahi orang sakit atau orang mati. Ini kerana tubuh mereka dikatakan masih lemah dan mudah terdedah kepada gangguan makhluk ghaib, angin dan emosi.

Tubuh mereka juga dikatakan berada dalam keadaan kotor. Keadaan tubuh yang ‘kotor’ menyebabkan mereka tidak boleh menolong atau melibatkan diri dalam aktiviti memasak makanan serta menanam tumbuhan sayuran yang mengeluarkan buah seperti petola dan timun.
Mereka tidak boleh sembahyang, puasa dan membaca Al-Quran kerana tubuh mereka kotor. Ini bermakna mereka amat terdedah kepada gangguan makhluk ghaib (seperti syaitan dan hantu). Orang yang lemah secara fizikal, spiritual, emosi dan sosial senang terdedah kepada penyakit. Penyakit yang kerap dikaitkan dengan wanita dalam pantang ialah gila meroyan tumpah darah dan bentan.

Proses mengandung melibatkan pembentukan darah kotor dan darah kotor ini perlu dibuang dan disuci. Darah yang mengikuti kelahiran bayi dikatakan berbau busuk. Bau darah ini dengan sendirinya telah menyebabkan tubuh wanita menjadi tercemar dan busuk. Pencemaran dan bau busuk ini perlu disucikan dengan melakukan upacara mandi teresak. Mandi teresak ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga pagi dan seelok-eloknya sepanjang 40 hari dalam usaha untuk menjaga kesejahteraan mereka.

Mandi daun
Mandi daun bertujuan untuk membersihkan tubuh, menyegarkan dan menghilangkan bau badan. Bagi ibu lepas bersalin, mereka akan mandi menggunakan air rebusan tumbuhan ubatan tertentu yang mempunyai bauyang wangi serta dipercayai mempunyai kuasa magis yang boleh ditakuti oleh hantu.
Antara herba-herba yang digunakan sebagai ramuan air mandian ialah jerangau (Acorus calamus L.),
limau nipis (Citrus aurantifolia (Christm. Swingle), daun jambu batu (Psidium guajava L.) dan daun pandan (Pandanus amaryllifolius Roxb). Air mandian akan direbus dengan tumbuhan-tumbuhan ubatan. Kemudian, air tersebut dicampurkan dengan air sejuk sebelum mandi.

Mandi teresak melibatkan penggunaan air yang direbus bersama-sama beberapa jenis daun tumbuhan. Daun tumbuhan yang digunakan ini terdiri daripada daun yang mempunyai bau yang wangi [seperti serai wangi (Cymbopogon nardus), kenanga ( Canangium odoratum), pandan wangi (Pandanus spp)], memiliki unsur yang panas [seperti mengkudu (Morinda spp), inai (Canangium odoratum), beka, lengkuas (Alpinia galang), bunga kantan (Phaeomeria speciosa)], mempunyai kuasa magis yang boleh menyucikan danmeringankan penyakit [seperti serengan (Lawsonia inermis), serai wangi, pandan wangi dan sirih (Piper betle Linn)] dan ditakuti oleh hantu [seperti daun tudung periok (tempayan sj). pandan (Cymbopogon nardus), sirih (Piper betle Linn)].
Daun tumbuhan yang digunakan dalam rebusan air mandi teresak ini mempunyai bau yang sedap (wangi), memiliki unsur panas, rasa yang pahit, kuasa magis dan ditakuti oleh hantu.

Kewangian daun berpindah ke tubuh ibu yang menggunakannya. Tubuh yang wangi adalah tubuh yang bersih dan suci. Tubuh yang bersih dan suci boleh menjauhkan gangguan makhluk ghaib seperti hantu langsuir, polong, pontianak dan pelesit yang dikatakan gemar menghisap darah wanita bersalin. Makhluk ghaib terutama yang jahat suka kepada benda-benda yang kotor seperti darah dan uri. Manakala rasa pahit dan pedas daripada tumbuhan boleh mengembalikan unsur panas kepada tubuh. Pahit dan pedas adalah dua unsur panas (Laderman). Kepanasan yang ada pada daun-daun ini boleh menaikkan kepanasan tubuh dan seterusnya mengembalikan keseimbangan unsur tubuh.

Mandi teresak sebenarnya dalam budaya Melayu mempunyai tiga fungsi utama, pertama, menghilangkan bau busuk pada tubuh wanita ekoran daripada pengeluaran darah kotor dalam tubuh kedua, mengembalikan semangat wanita, dan ketiga, menyucikan tubuh yang kotor. Mandi teresak ini perlu dilakukan pada hari pertama hingga ketiga selepas bersalin dan seelok-eloknya mereka dimandikan oleh bidan terutama mandi bagi kali yang pertama. Bidan selalunya memulakan upacara mandi teresakdengan membaca jampi/doa sebelum menyiram air ke kepala wanita yang dalam pantang.
Mandi teresak ini dipercayai boleh menguatkan tubuh dan semangat wanita dalam pantang serta menghalau hantu yang ada di persekitaran wanita tersebut.

Manakala bayi pula dimandi dan diuruskan oleh bidan sehingga tanggal pusat. Ibu yang bersalin di hospital, mereka seboleh-bolehnya mandi dengan menggunakan air panas semasa berada di hospital. Air sejuk dikatakan tidak sesuai untuk mereka kerana boleh menambahkan lagi kesejukan tubuh mereka yang memang sudah sejuk.

”Wanita dalam pantang perlu mandi air teresak sekurang-kurang tiga hari pertama. Dahulu bidan yang selalunya mencari tumbuh-tumbuhan untuk dibuat air mandi teresak untuk tiga hari atau tujuh pagi selepas bersalin. Bidan juga menolong mereka mandi. Bidan membaca doa/jampi sebelum air teresak dicucurkan ke kepala mereka. Jangka masa ini sebenarnya bergantung kepada kemampuan keluarga wanita dalam pantang, bidan yang memandikan air teresak ini selalunya juga mengupah bidan untuk bertungku/berurut serta barut perut.

Bagi yang mendapat khidmat bidan untuk melakukan semua urusan tersebut, bidan menyediakan segala keperluan (air teresak, daun untuk balut tungku dan ramuan untuk barut perut) sepanjang perkhidmatan mereka diminta.Keadaan ini sebenarnya sudah banyak berubah.

Ibu-ibu muda lebih suka beli ramuan untuk barut perut daripada kedai Malah sudah ada yang tidak barut perut kerana mereka kata kotor dan tidak perlu. Bagi wanita yang bersalin dihospital, mereka terus ambil khidmat bidan untuk mandi teresak dan bertungku/berurut sebaik sahaja balik dari hospital kecuali mereka yang bersalin melalui cara pembedahan. Mereka ini tidak hendak bertungku/berurut kerana takut tempat pembedahan mereka terbuka”.

Bedian (berdiang)
Secara tradisi, wanita Melayu yang baharu lepas bersalin perlu bedian (berdiang), iaitu memanaskan badan dengan berbaring di atas tempat tidur yang di bawahnya diletak dapur bedian bagi tujuan memanaskan tubuh, mengeringkan darah kotor, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan peranakan. Di zaman dahulu, wanita dalam pantang diasingkan dan disediakan tempat khas, iaitu gerai/tempat tidur yang di bawahnya diletak dapur. Cara berdiang yang dilakukan oleh
wanita Melayu mengikut kesemua utama boleh dibahagikan kepada dua cara.
Pertama, api dihidupkan di bawah gerai/tempat tidur di mana wanita dalam pantang berbaring di atas gerai tersebut. Kedua, api dihidupkan di sebelah gerai di mana wanita dalam pantang berbaring.

Mengikut kesemua bidan kampung pada zaman dahulu orang Melayu menggunakan dapur berdiang yang diperbuat daripada tin biskut atau minyak tanah atau kotak yang diperbuat daripada simen.
Api dihidupkan (guna kayu dan sekarang guna arang) atas dapur dan diletak di bawah tempat tidur atau bersebelahan gerai/tempat tidur mereka.
Wanita mendapat kepanasan daripada api dengan baring di atas tempat tidur atau tidur bersebelahan dengan dapur Kepanasan api ini amat perlu bagi memanaskan tubuh mereka dan pada masa yang sama mengecutkan peranakan dan urat serta mengeluarkan darah kotor.

Bedian diamalkan dalam usaha untuk
(a) untuk mengeringkan darah kotor dalam badan terutama peranakan
(b) mengembalikan keseimbangan antara unsur sejuk dan panas dalam tubuh
(c) mengecutkan peranakan yang terbuka ekoran daripada proses bersalin.
(d) berdiang juga dipercayai boleh mengeringkan darah nifas dengan cepat, membetulkan pengaliran darah dalam badan, merapatkan, mengecut dan memperketatkan permukaan rahim dan peranakan, mengeringkan luka, mengelakkan ketumpahan darah, mengelakkan angin daripada memasuki tubuh,
mengembalikan keseimbangan tubuh serta mengembalikan wanita kepada bentuk asal dengan bedian, tubuh wanita sentiasa panas.

Tubuh mereka memerlukan kepanasan kerana badan berada dalam keadaan sejuk akibat kehilangan banyak darah semasa proses bersalin.
Kepanasan tubuh amat perlu bagi menghindari mereka daripada menjadi semput atau kejang. Badan yang panas elok untuk menghindari diri daripada mendapat penyakit sejuk dan diganggu makhluk ghaib. Sekarang sudah kurang wanita Melayu yang berdiang dan berpeluang untuk berehat sepanjang tempoh dalam pantang terutama sekali mereka yang tinggal berjauhan daripada keluarga.

Bersalai, berdiang dan bertangas
Bersalai merupakan salah satu amalan dalam perawatan tradisional Melayu selepas bersalin. Bara arang atau kayu diletakkan di bawah katil kayu tanpa tilam. Ibu akan disuruh berbaring di atas katil tersebut. Haba daripada bara tersebut akan menghangatkan tubuh ibu. Amalan ini dipercayai dapat melegakan dan mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan keupayaan fizikal.
Manakala dalam amalan berdiang pula, ibu akan berbaring di atas lantai dalam posisi mengiring dan membelakangkan bara yang diletakkan berdekatan dengan ibu. Walaupun terdapat sedikit perbezaan antara bersalai dan berdiang, Namun kedua rawatan tersebut menggunakan haba untuk proses pemulihan.

Bertangas juga menggunakan konsep haba seperti bersalai tetapi dikhususkan untuk merawat kawasan faraj.
Bertangas terbahagi kepada dua jenis, kering dan
basah. Tangas kering menggunakan haba daripada bara arang atau kemenyan yang dibakar manakala tangas basah menggunakan wap air rebusan herba. bertangas ialah “memanaskan badan (dengan wap), mandi dengan wap (supaya berkeringat), menangas mengasapi dengan wap, mengewapi, mengukus”.Cara bertangas ialah tangas akan diletakkan di bawah bangku berlubang dan si ibu akan diminta duduk di atas bangku tersebut bagi memastikan haba mengenai bahagian faraj. Amalan bertangas ini bertujuan untuk merangsang perpeluhan atau detoksifikasi, membantu proses pengecutan dan pemulihan alat sulit dan saluran peranakan.

Pada zaman dahulu, wanita yang berdiang mesti melakukan upacara rombak dapur yang dilakukan oleh bidan untuk menandakan mereka sudah bebas daripada pantang larang semasa dalam pantang. Upacara rombak dapur kurang dilakukan sekarang sebab sudah kurang mereka yang bedian. Di zaman dahulu, pada hari ke-40 selepas bersalin, bidan melakukan upacara merombak dapur.

”Upacara rombak dapur ini dilakukan dengan menggunakan seekor ayam kampung putih, tepung tawar dan sebenteng benang. Dengan membaca jampi, bidan memegang ayam putih di atas dapur yang digunakan untuk berdiang. Ayam ini akan mencakar-cakar abu dapur dan bidan akan menabur tepung tawar di sekitar dapur dan tempat berdiang. Setelah selesai, dapur ini dibuang ke luar rumah oleh bidan.
Selepas itu, bidan melakukan upacara pelepas dengan memasukkan benang sebenteng melalui kepala wanita dalam pantang sambil merenjis-renjis tepung tawar (tepung daripada beras yang direndam dalam air dan dikisar atau ditumbuk sehingga menjadi halus) dan membawa benang turun ke kaki dan mengeluarkan benang tadi. Selalunya bidan merenjis tepung tawar dengan menggunakan daun tumbuhan yang mempunyai keupayaan untuk memulihkan dan menawarkan penyakit (seperti daun pinang (Areca catecha), daun pemanggil (Clerodendran paniculatum), daun setawar (Costus speciosus) dan daun sepulih).

Tumbuhan ini dikatakan mempunyai unsur magis homeopatik melalui nama (seperti setawar yang dikaitkan dengan konsep tawar dan sepulih dengan konsep pulih). Upacara pelepas dan menepung tawar ini mesti dilakukan kalau tidak unsur-unsur jahat yang ada dalam persekitaran datang menganggu ibu dan anak kembali.
Tepung tawar digunakan untuk menawarkan penyakit yang ada dalam tubuh wanita. Kualiti yang memberi keupayaan kepada tepung tawar ialah konsep tawar yang bermakna neutral”. Setelah upacara rombak dapur selesai, bermakna bahawa ikatan formal antara ibu dengan bidan sudah berakhir.
Mereka telah dilepaskan daripada ikatan berpantang dan telah ditawarkan daripada segala ancaman jahat. Wanita ini sudah boleh melakukan segala aktiviti hariannya kembali.


Barut perut (bebekum)
Semasa dalam pantang, wanita bukan sahaja bedian, mereka juga perlu membarut perut (bebekum).
Barut perut selalunya dilakukan pada malam hari untuk beberapa hari, selalunya dalam jumlah angka ganjil (tiga, lima, tujuh), tetapi seelok-eloknya sepanjang masa berpantang. Mengikut seorang bidan, lbahan yang biasa digunakan untuk barut perut ialah kapur, limau nipis dan kunyit.

Tujuan barut perut ialah untuk mengembalikan perut wanita kepada bentuk asal dan juga mengempiskannya. Sekarang sudah ada wanita yang membeli ubat barut perut dari kedai ubat yang banyak menjual ubat-ubat tersebut yang terdiri daripada pelbagai produk berpantang.

Berbengkung
Semasa hamil, perut ibu akan mengembang dan tegang akibat memberi ruang kepada tumbesaran bayi dan setelah menjalani proses kelahiran, perut ibu yang mengembang akan jadi menggelembir dan lembik. Bagi mendapatkan semula bentuk tubuh yang ramping, bengkung akan dipakai sepanjang tempoh berpantang. Terdapat beberapa jenis bengkung yang digunakan iaitu bengkung roda, bengkung tali kasut, dan juga bengkung Jawa. Bengkung roda dan bengkung tali kasut lazimnya diperbuat daripada kain tebal dan mempunyai tali untuk mengikat bengkung dengan kuat dan kemas. Bengkung Jawa pula berupa kain panjang yang dililitkan pada perut ibu.

Bidan kampung akan memakaikan bengkung pada ibu untuk beberapa hari awal selepas bersalin dan kemudian akan memberi tunjuk ajar tentang kaedah
pemakaian yang betul untuk diaplikasikan sendiri oleh si ibu sepanjang tempoh berpantang. Sebelum ibu dipakaikan bengkung, ramuan herba yang disebut tapel, disapu pada perut. Tapel atau tepal berfungsi untuk menambah kesan penggunaan bengkung iaitu mengempiskan perut. Ini menjelaskan bahawa antara ramuan yang sering digunakan untuk membuat tapel adalah jus limau nipis (Citrus auranthafolia (Christm.) jus asam jawa (Tamarindus indica L.), halia (Zingiber officinale Roscoe) (Zamani, 2001), kunyit hidup (Cucurma longa L.), daun sireh (Piper betel L.), dan bawang putih (Allium sativum L.).

Berurut dan bertungku bertujuan untuk membetulkan kedudukan peranakan, mengecutkan urat yang bengkak dan melancarkan perjalanan darah supaya unsur tubuh menjadi seimbang. Berurut dan bertungku boleh melancarkan susu dan menegangkan payu dara. Bertungku dan berurut di tahap awal pantang selalunya dilakukan oleh bidan dan jumlah hari ditentukan oleh taraf ekonomi keluarga tetapi mesti dalam jumlah angka ganjil. Aktiviti ini elok dilakukan pada waktu pagi atau malam. Selain itu, bertungku dan berurut sebenarnya dilakukan untuk memperbaiki pengaliran darah dan lendir dalam tubuh dengan memecahkan lendir dan darah beku yang mengikuti proses kelahiran dan mengandung.

Bertungku
Bertungku adalah suatu bentuk urutan pada bahagian luar sekitar kawasan peranakandengan menggunakan pemberat seperti batu sungai atau besi yang mempunyai permukaan licin dan berbentuk rata atau bulat.
Pemberat yang dipanaskan akan dibalut dengan kain tebal yang dilapis dengan daun herba tertentu seperti daun mengkudu (Morinda citrifolia L.), daun lemuni (Vitex trifolia L.) atau sireh (Piper betle L.).
Kemudian pemberat akan dituam perlahan-lahan pada bahagian tertentu tubuh.
Amalan ini dipercayai dapat membantu penyembuhan uterus, memecahkan lemak, mencantikkan kulit perut, membantu pengaliran darah, membuang angin, serta mempercepatkan penyembuhan.

Urutan Melayu selepas bersalin.
Urutan merupakan amalan asas yang terdapat dalam set rawatan dan penjagaan tradisional Melayu selepas ibu bersalin. Berurut bertujuan untuk melancarkan peredaran darah, membantu pengeluaran darah, angin dan lendir kotor. Urutan juga dapat membantu menghasilkan susu yang lebih berkualiti. Selain daripada itu, melalui kaedah urutan yang betul, secara tidak langsung, dapat menenangkan emosi, menghilangkan rasa lesu dan mengendurkan otot yang tegang. Lazimnya, bahan asas yang digunakan untuk mengurut diperbuat daripada minyak kelapa yang dimasak dengan campuran herba dan akar kayu dan berfungsi sebagai pelincir.

Rawatan urut Melayu untuk sakit pinggang, telah menunjukkan rasa sakit semakin berkurangan dan urutan yang dilakukan telah dapat meningkatkan keupayaan fizikal mereka. Selain itu, melalui urutan juga boleh meningkatkan kuantiti pengeluaran susu ibu.

Orang melayu percaya bahawa bertungku dan berurut membolehkan urat-urat dalam tubuh yang tersimpul terlerai, begitu juga urat dan organ yang bengkak atau kembang ekoran daripada proses mengandung dan bersalin menjadi kecut. Manakala angin dan lendir yang terperangkap dalam tulang dan saluran darah pecah dan ini melancarkan pengaliran darah dan lendir yang amat perlu untuk
kesihatan fizikal.
Apabila darah dan lendir berjalan lancar, ini bermakna kesihatan tubuh wanita kembali berada dalam keadaan yang asal dan normal.
Berurut dan bertungku bukan sahaja dilakukan oleh bidan tetapi juga dilakukan sendiri atau kadang kala dibantu oleh kaum keluarga perempuan terutama ibu atau ibu mertua bila-bila masa terluang yang selalunya pada waktu malam di sepanjang dalam pantang.

Mereka percaya lebih lama seseorang itu bertungku dan berurut, lebih baik untuk kesihatan diri.
Luka-luka dalaman juga akan cepat sembuh apabila ditungku kerana terkena bahang panas. Selain itu, unsur bahan yang digunakan sebagai tungku (selalunya batu hidup atau logan dan daun tumbuhan yang digunakan sebagai pelapik tungku) boleh berpindah ke dalam tubuh wanita. Logan merupakan unsur yang kuat, manakala batu hidup merupakan sesuatu yang hidup yang boleh mendoakan kesejahteraan wanita.

Wanita Melayu dalam pantang jarang ditinggal seorang diri terutama sekali di peringkat awal bersalin kerana takut diganggu makhluk ghaib terutama hantu meriyam. Mereka berada dalam keadana kotor dan tidak boleh membaca Al-Quran. Bacaan Al-Quran selalunya ditakuti oleh hantu. Dengan adanya orang lain bersama, mereka boleh membaca Al-Quran atau zikir untuk menghalau hantu (seperti pelesit, polong, hantu meriyam dan hantu raya).
Gangguan hantu meriyam boleh membawa kepada gila yang dipanggil oleh orang Melayu sebagai gila meroyan.
Tanda-tanda awal gila meroyan ialah tidak menghiraukan bayi yang baru dilahirkan, tidak menyusu bayi dengan susu badan dan bercakap tidak tentu hala. Gila meroyan banyak berlaku dalam kalangan wanita yang lemah semangat dan emosinya terganggu.

Perkara yang selalu menganggu emosi mereka adalah berkaitan dengan suami seperti suami kahwin lain, mempunyai kekasih di luar atau tidak memperdulikan keperluan mereka semasa dalam pantang serta keperluan anak-anak yang masih kecil. Ketergangguan ini bukan sahaja berbahaya kepada dirinya tetapi juga kepada anak yang baru dilahirkan.
wanita dalam pantang tidak dibenarkan keluar rumah pada waktu maghrib dan malam, pergi ke tempat-tempat yang berpenunggu seperti hutan, sungai dan kubur serta ke rumah orang yang dipercayai membela hantu.

Hantu-hantu dikatakan suka menghisap darah wanita dalam pantang dan menganggu bayi.
Bayi yang diganggu hantu menangis tidak berhenti-henti kerana mereka dipercayai boleh nampak hantu. Demi menjauhkan gangguan hantu, ada yang meletakkan pisau atau gunting di bawah tempat tidur mereka dan bayi. Dengan meletak bahan/senjata tersebut dipercayai boleh menguatkan diri.
Di samping itu keluarga mereka juga ada kalanya membaca Al-Quran atau membakar garam, cili kering dan lada hitam di dapur dian pada waktu maghrib.
Mereka percaya hantu lebih aktif pada waktu maghrib dan malam.

Wanita Melayu dalam pantang dipercayai tidak boleh susah hati atau terkejut. Terkejut boleh menyebabkan semangatnya lari manakala susah hati pula boleh menyebabkan semangatnya menjadi lemah dan membawa kepada tekanan perasaan. Mereka yang mempunyai tubuh yang lemah, sejuk dan kotor senang terdedah kepada serangan hantu atau gangguan makhluk ghaib yang lain. Hantu atau makhluk ghaib yang lain (seperti jin dan orang buniaan) suka mengganggu orang yang lemah semangat.

Orang Melayu percaya bahawa semangat seseorang yang kuat boleh memperkukuh dan mengekalkan kesihatan dan integriti diri. Semangat yang lemah sangat sensitif dan boleh hilang, menjadi lemah dan terkejut. Semangat mesti dijaga dan dikawal terutama sekali semasa mengandung dan bersalin supaya tidak dirasuk atau diganggu hantu syaitan.



Makan ubat panas dan menjaga makanan
Dalam usaha untuk mengembalikan keseimbangan tubuh, wanita Melayu dalam pantang memakan makanan panas dan juga meminum air akar kayu, tonik serta jamu, makjun (Ubat tradisional yang diperbuat dari herba, iaitu rempah ratus yang dibentuk bulat-bulat dan dimakan sebagai usaha untuk mengembalikan keseimbangan tubuh dan kesihatan) dan ladu (sejenis makanan yang diperbuat daripada campuran tepung beras pulut dengan berbagai-bagai jenis rempah ratus).

Pengambilan tonik semasa pantang menguntungkan wanita kerana semua ini dapat mempercepatkan proses pengeringan darah kotor dalam badan.
Namun begitu, pengambilan bahan dan makanan panas secara berlebihan boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi yang diberi susu ibu.

Susu menjadi panas apabila ibu mengambil makanan dan bahan panas secara berlebihan. Bayi boleh mendapat penyakit cirit birit kerana mereka perut mereka masih muda tidak dapat menyesuaikan diri dengan kepanasan susu ibu. Ibu yang mengambil makanan ubatan yang panas dengan banyak dan pada masa yang sama melakukan amalan berdiang juga boleh menyebabkan seseorang mengalami pening kepala dan pitam.
Oleh kerana itu, mereka perlu mendapat bimbingan daripada bidan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengambilan bahan-bahan ubatan semasa dalam pantang.

Banyak makan makjun dan jamu serta minum air akar kayu. Wanita dalam pantang perlu makan makanan yang dikategorikan sebagai panas. Namun begitu, mereka tidak boleh makan semua jenis makanan panas kerana adanya kepercayaan tentang makanan bisa, tajam, berangin dan gatal.



Mereka tidak boleh memakan makanan panas yang terdiri daripada daging kambing, sotong, ketam, kerang, udang, telur dan beberapa jenis ikan (seperti ikan aya, kerisi, terubuk, tenggiri, parang, ikan merah, pari dan butir nangka). Ini kerana makanan ini dipercayai boleh menyebabkan penyakit gatal-gatal, saluran peranakan menjadi bernanah dan luka dalam susah hendak sembuh.

Mereka juga tidak boleh makan makanan yang dikelaskan sebagai sejuk tubuh menjadi lebih sejuk. Mereka tidak boleh makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan tersebut dikelaskan sebagai bisa. Kepercayaan bersama dengan keadaan ekonomi yang daif dengan sendirinya menjadikan jenis makanan yang sesuai dimakan oleh wanita semasa dalam pantang amatlah terhad bilangannya dan sedikit kuantitinya.

Menghindari hubungan seks
Ada yang mengatakan bahawa mereka tidak melakukan hubungan seks dengan suami dalam tempoh 40hari pertama selepas bersalin, ada yang mengatakan bahawa mereka hanya melakukan hubungan seks selepas 100hari bersalin.
Jika mengikut bidan lama hubungan seks seelok-eloknya diadakan selepas 100hari kerana rahim dan organ tubuh yang lain tidak begitu sembuh sebelum 100hari.

Wanita yang mengadakan hubungan seks sebaik habis tempoh 40 hari senang mendapat penyakit yang berkaitan dengan organ seksual dan urat apabila tua. Melakukan hubungan seks dalam tempoh tersebut dipercayai boleh menyebabkan darah keluar untuk jangka masa yang lama, luka dalaman lambat sembuh dan bernanah, darah kotor dan beku tidak keluar dan tubuh menjadi bentan kerana tubuh belum pulih sepenuhnya.

Wanita Melayu percaya bahawa anggota peranakan faraj wanita yang baru lepas bersalin menjadi terbuka. Keterbukaan peranakan dan faraj tidak elok sekiranya hubungan seks diadakan kerana boleh menyebabkan peranakan masih terbuka, pasangan tidak mencapai kepuasan dan wanita mudah dijangkiti penyakit kerana organnya belum pulih dengan sempurna, malah ditegah oleh agama Islam.

Ada juga yang bersalin secara pembedahan mengatakan bahawa beliau tidak mengamalkan hubungan seks dengan suami hanya selepas empat bulan kerana takut memudaratkan tempat pembedahan.

Pada zaman dahulu, wanita Melayu lebih mudah untuk menghindari daripada mengadakan hubungan seks sehingga 100hari kerana mereka bersalin di rumah ibu bapa atau ibu bapa mertua dan tinggal di sana sehingga habis 100hari.

Bagi yang bersalin di rumah sendiri pula, ibu, ibu mertua atau adik beradik datang menolong dan tidur berhampiran dengan mereka.
Suami harus mengiktiraf krisis yang berlaku dalam hidup isteri ekoran daripada perubahan fizikal, metal fizikal dan sosial akibat daripada proses mengandung dan bersalin.

Mereka dipercayai berada dalam berbahaya kerana unsur tubuh mereka takseimbang, kotor dan lemah.
Ada yang mengatakan menghindari daripada melakukan hubungan seks untuk jangka masa yang lama. zaman dahulu kerana ramai wanita yang bersalin dirumah ibu atau ibu mertua atau ibu atau ibu mertua datang tinggal dengan mereka semasa dalam pantang.

”Zaman dahulu majoriti wanita bersalin di rumah ibu bapa atau ibu bapa mertua dan tinggal bersama selama dua atau tiga bulan atau sehingga anak keras. Bagi yang terpaksa bersalin di rumah sendiri, ada kaum keluarga yang datang menolong sehingga mereka habis tempoh berpantang.
Suami dahulu malu untuk mendekati isteri yang berada dalam pantang takut dituduh tidak sabar dan tidak boleh mengawal diri.
Wanita hanya perlu mengurus dan merawat diri dan bayi. Keperluan diri dan keluarga diurus oleh ahli keluarga lain.
Emosi mereka juga dijaga kerana takut mendapat gila meroyam. Emosi wanita dalam pantang sangat sensitif dan mudah terganggu kerana mereka berada dalam keadaan kotor tidak boleh baca Al-Quran dan Sembahyang, yang boleh menenangkan diri orang Islam”.

Zaman Sekarang, bersalin banyak dilakukan di hospital. Ibu, ibu mertua atau adik tidak dapat tinggal lama dengan mereka kerana tinggal berjauhan, bekerja dan ada tuntutan lain. Mereka yang bersalin di hospital mengatakan pasangan mereka tidak dapat menahan nafsu sehingga 100 hari.
Mereka pula taat kepada suami dan memahami keadaan mereka, “Suami selalu tanya, dah boleh ke apabila saya habis tempoh 44hari rasa kasihan kerana suami telah lama berpuasa”.

Bidan hanya tinggal sejarah.

Bidan kampung yang juga dikenali sebagai mak bidan adalah wanita yang bertanggungjawab memberikan rawatan tradisional Melayu selepas bersalin.
Bidan mempunyai peranan yang penting dalam rawatan dan penjagaan tradisional Melayu selepas bersalin, bidan kampung yang professional bukan sahaja seorang yang berpengalaman tetapi juga adalah seorang yang mengamalkan ajaran agama Islam.

Bagi menggambarkan status pentingnya wanita ini dalam komuniti Melayu, terdapat pepatah Melayu mengatakan “upah bidan pun tak berbayar” yang merujuk kepada anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapa.
Peranan bidan sebenarnya bukan sahaja memberi rawatan dan penjagaan selepas bersalin, tetapi bermula daripada merancang kehamilan sehingga selepas bersalin.

Tugas bidan kampung.
Antara tugas-tugas tersebut ialah merawat ibu sebelum dan selepas bersalin, merawat ibu, memandikan bayi dan memotong uri.
Selain itu, bidan juga merupakan penasihat yang akan memberi panduan dan petua penjagaan diri dan
pemakanan. Walau bagaimanapun, kini bidan kampung tidak lagi menyambut kelahiran bayi seperti dahulu. Melalui sentuhan jari dan tapak tangan, bidan yang berpengalaman dapat meramalkan kelahiran serta mengetahui kedudukan dan masalah bayi di dalam perut. Bagi ibu yang mengalami masalah seperti kedudukan bayi songsang, bidan akan cuba membetulkan kedudukan bayi dengan menggunakan kaedah urutan tertentu.

Bidan akan membuat air selusuh menggunakan air kelapa dan dibacakan doa-doa tertentu ibu yang sampai masa untuk bersalin akan disuruh minum air selusuh untuk memudahkan proses kelahiran.
Selain itu, mak bidan juga berperanan sebagai bomoh atau dukun yang mempunyai keupayaan untuk mengubati penyakit serta melindungi ibu daripada gangguan makhluk halus telah menyenaraikan beberapa amalan utama dalam perawatan tradisonal Melayu selepas bersalin iaitu urutan, bertungku, berbarut atau berbengkung dan bersalai. Sebenarnya terdapat banyak lagi amalan yang diamalkan seperti berdiang, pemakaian param dan pilis, mandi herba, meminum jamu, dan sebagainya.

Pantang larang
Semasa dalam tempoh berpantang iaitu selama 44hari selepas bersalin, ibu bukan sahaja perlu mendapatkan rawatan daripada bidan.
Ibu juga perlu mengamalkan pantang larang tertentu yang merangkumi perkara yang perlu dilakukan dan juga dilarang untuk dilakukan.

Pantang larang ini terhasil berdasarkan pengalaman-pengalaman orang terdahulu yang diperturunkan secara lisan dalam kiasan. Pantang larang terhasil daripada kejadian spontan yang berlaku atau dicipta sebagai mekanisme untuk mengatasi masalah yang dihidapi. Tidak kira sama ada di bandar atau di kawasan kampung, ianya masih lagi diamalkan oleh komuniti Melayu.

Mengikut amalan bangsa Melayu, ibu dalam tempoh berpantang perlu mengelak atau tidak dibenarkan langsung mengambil makanan tertentu. Ibu yang berada dalam tempoh berpantang digalakkan memakan makanan berunsur „panas‟ dan dilarang memakan makanan berunsur „sejuk‟, pengkelasan makanan berunsur „sejuk‟ dan „panas‟ boleh diramal berdasarkkan nilai nutrisi yang mana makanan berunsur sejuk lebih kepada makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak, kurang protein, rendah lemak, rendah karbohidrat, dan rendah kalori. Kebanyakan sayur dan buah-buahan adalah berunsur sejuk.

Makanan jenis ini boleh merendahkan metabolisma yang boleh merendahkan suhu badan ibu. Selain itu, ibu juga dilarang memakan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan seperti makanan laut dan makanan daripada sumberlaut seperti belacan.
Semasa tempoh berpantang, ibu mestilah menjaga tingkah laku mereka.

Pelbagai larangan dan panduan yang perlu mereka patuhi seperti tidak boleh melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang keterlaluan kerana tubuh mereka masih belum sembuh sepenuhnya. Antara aktiviti fizikal yang tidak dibenarkan ialah seperti membuat kerja-kerja rutin di rumah seperti membersih atau memasak, keluar rumah, melakukan hubungan kelamin dengan suami dan sebagainya.

Panduan dan nasihat pantang larang pemakanan mahupun tingkah laku ini akan diajar oleh bidan dan dipraktiskan sendiri oleh ibu yang bersalin dengan pemantauan daripada ahli keluarga.
Ini jelas menunjukkan bahawa peranan mak bidan diiktiraf oleh komuniti Melayu sehingga dijadikan peribahasa“Jikalau beranak ikut kata bidan” yang menyarankan agar kita menuruti nasihat orang yang lebih ahli daripada kita.
Di sini, bidan telah dilihat sebagai seorang yang berilmu dalam bidang perbidanan.

Corat dari Ara Mobile Beauty

Fb: Post natal sabah


Untuk mendapatkan rawatan berpantang secara alami gabungan tradisional dan moden. 

Hubungi whatsapp 0167145100 untuk keterangan lebih lanjut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pakej Rawatan Pantang-kota kinabalu Sabah

Kelas rawatan berpantang-kota Kinabalu Sabah