Lepas bersalin wajib berpantang. - Ara Mobile Beauty


Waktu berpantang merupakan waktu yang sangat penting untuk pemulihan semula tubuh badan seorang wanita setelah berpenat lelah mengandung dan melahirkan anak. Ibu banyak kehilangan darah dan tenaga.

Waktu berpantang ini diharapkan ibu dapat memberikan masa secukupnya untuk diri kembali pulih sepenuhnya.

Janganlah terlalu moden atau terlalu rigit dengan pengambilan makanan berkhasiat. Jangan pula hanya berlaukkan ikan masin dan nasi putih, bersulam air separuh gelas.

Pastikan ibu mengambil air minima 2 liter sehari. Ambil secara sedikit tetapi kerap. Tiada istilah 'rahim menjadi kembang' kerana mengambil air. air sangat penting dalam proses penyembuhan dan penyusuan. pastikan makanan yang diambil memenuhi semua khasiat yang seimbang boleh rujuk di sini untuk senarai semak pemakanan semasa berpantang.

Pantang larang nenek moyang, apa yang baik kita ikut, tetapi pantang larang yang tidak sesuai eloklah dihindarkan.
Sekarang zaman moden, dan ramai juga semakin tidak ambil kisah dengan tatacara berpantang yang betul termasuklah amalan berbengkung, bertangas, bertungku, berurut dan penjagaan diri yang sempurna semasa pantang bersalin.

Apa yang kita buat hari ini tidak akan memberi kesan pada masa yang singkat, kesannya akan diperolehi pada usia kita melonjak awal 40an dan seterusnya.

Urutan merupakan salah satu bahagian yang amat penting di dalam proses pemulihan tubuh badan manusia, ini kerana dalam kajian menunjukan , urutan mampu melancarkan perjalanan darah dengan baik, saluran darah manusia merupakan elastic dan mempunyai kekenyalan yang tertentu , dengan urutan ianya mampu membuka salur darah dengan diameter yang lebih besar maka ini membantu pelancaran darah dengan baik.

pengaliran darah yang lancar membantu tubuh badan manusia mendapat darah yang beroksigen dan juga nutrient dengan optimum, sebab itu apa bila anda selesai melakukanurutan tubuh badan menjadi ringan dan anda akan merasa segar.

Membantu proses pemulihan dan penyembuhan dengan cepat , apabila kelancaran darah bertambah maka , proses pemulihan pada tulang , otot dan tendon akan berlaku dengan kadar yang cepat.
Dengan urutan , masalah chronic sciatica dapat diatasi dan dikurangkan , ini kerana urutan dengan teknik yang betul dilihat mampu mengurangkan kesakitan serta mengurangkan inflamasi di sekitar bahagian laluan sciatic nerve.
Hormon penenang semula jadi iaitu endhorphine akan terhasil , ini kerana otak manusia akan terangsang dengan suasana yang relax , maka urutan secara holistic membantu mengurangkan stress dan juga mampu membuatkan manusia gembira.

Hebatkan ciptaan Allah , dalam badan kita sudah ada Ubat penenang yang semula jadi tanpa perlu mengambil ubat ubatan kimia , cuma apa yang perlu adalah stimulation pada deria rasa ,dan ianya akan terhasil secara semula jadi.


urutan yang berkala dan teratur akan meningkatkan sistem imunisasi badan secara natural ,ini disebabkan penghasilan hormon yang baik dan juga ianya mengurangkan pengumpulan bahan bahan toksin di dalam badan.


Berurut selepas bersalin

"Lesu dan tak bersemangat antara penyebab ibu perlu berurut selepas bersalin bagi mengembalikan tenaga ibu yang sudah hilang ketika melahirkan bayi"

Kenapa ibu perlu berurut selepas bersalin? Ia memberi banyak faedah kepada ibu, antaranya adalah:

Melancarkan perjalanan darah

Mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap dan bertakung

Membetulkan urat-urat yang tegang, terputus atau yang terkeluar daripada tempatnya

Menaikkan semula rahim

Memecahkan lemak

Menegang dan membentuk tubuh untuk membantu si ibu kembali ke bentuk badan asal

Mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas bekerja keras melahirkan anak.

Disamping faedah-faedah diatas, tradisional di bahagian payudara dipercayai membantu melancarkan pengaliran susu.

Bolehkah ibu yang bersalin secara pembedahan (caesarean) berurut?
Boleh.
Urutan selepas bersalin bukan hanya boleh dilakukan untuk ibu yang bersalin normal tetapi juga yang bersalin secara pembedahan.

Ibu yang bersalin secara normal boleh diurut selepas 3 hari tempoh bersalin.
Manakala ibu yang bersalin secara pembedahan boleh diurut selepas 7-14 hari tempoh kelahiran atau bergantung kepada keadaan luka pembedahan.

Urutan digalakkan dilakukan pada waktu pagi, sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut lebih banyak, lebih baik dan ibu berada dalam keadaan yang baik.
Masalah seperti lemah badan, badan mudah masuk angin, air ketuban dan air bisa tidak keluar boleh dialami oleh ibu sekiranya lambat diurut.

Rawatan tradisional melayu merawat tubuh cukup indah.




Lulur digunakan sebelum atau selepas mandian herba, iatu dengan menggosok anggota badan bagi mengeluarkan daki serta sel mati. Serentak dengan itu, lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan penyakit kebas serta bisa otot, sendi dan urat saraf. Selain tu, ia juga membantu melembut dan mencerahkan kulit. Mengikut ilmu Melayu tradisional, berlulur merupakan rawatan menyental kulit dengan menggunakan bahan-bahan herba semulajadi.

Selain itu juga bahan lain seperti Garam Laut Mati mengandungi 21 mineral termasuk magnesium, kalsium, sulfur, bromida, iodin, sodium, zink dan kalium, Galian-galian ini dikenali untuk merawat, menyegarkan, dan membersihkan badan kita. Selain itu jugak terdapat beberapa jenis herba yang membantu tubuh badan, kulit kembali sihat dan tegang. 

✔Kebaikan Lulur mandi
๐Ÿ‘‰Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
๐Ÿ‘‰Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
๐Ÿ‘‰Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak.
๐Ÿ‘‰Mengurangkan tekanan & keletihan.
๐Ÿ‘‰Mengekalkan tenaga.
๐Ÿ‘‰Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
๐Ÿ‘‰Memperbaiki tekstur kulit.
๐Ÿ‘‰Mengurangkan dehidrasi.
๐Ÿ‘‰Mengembalikan kebersihan kulit. daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.
๐Ÿ‘‰Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
๐Ÿ‘‰Menghilangkan warna kulit berbelang.
๐Ÿ‘‰Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur.

Penggunaan๐Ÿ‘
✔Semasa mandi, gunakan scrub ke kawasan-kawasan sasaran seperti regangan atau selulit. Lakukkan Urutan scrub ke kulit dalam keadaan urutan diseluruh badan. Biarkan pada kulit selama 5-10 minit dan bilas semula.
✔Lulur mandi boleh dibancuh bersama air, air mawar ,spa milk, madu,minyak zaitun,minyak VCO , perahan lemon atau limau nipis bg membangkitkn bau aroma yang merehatkan dan menenangkan.

AMARAN KESELAMATAN:
✔Untuk kegunaan luaran sahaja.

Gosok jumlah yang sangat kecil dibahagian siku anda untuk menguji sebarang reaksi alahan sebelum digunakan. Elakkan bersentuh dengan mata, jauhkan daripada kanak-kanak.


Berbengkung selepas bersalin. Mengenal jenis-jenis bengkung bersalin. Bengkung bersalin terkenal kerana ia mampu mengempiskan perut wanita selepas bersalin. 

Berikut adalah 4 jenis yang ada di pasaran kini:

Bengkung Lilit Jawaa. 

Kan lebar sepanjang 15 meter. 

Boleh diikat dan dibalut dengan kemas.

Bengkung jenis ini lebih kejab, kemas dan cepat mengembalikan bentuk badan.

Bengkung bersalin Zig-Zag/Beroda

Kain lebar yang dikat dengan tali secara berselang-seli (seakan-akan zig-zag). Boleh dipakai seperti bengkung jawa. Bengkung bersalin jenis ini lebih mudah untuk dibuka. Hanya longgarkan ikatan zig-zag.

Bengkung barut.

Bengkung barut sama seperti bengkung bersalin yang dipakai oleh bayi baru lahir. Bengkung ini hadir dengan banyak tali di bahagian kiri dan kanan fabrik. Tali perlu diikat dengan ketat. Ia boleh dipakai sendiri dan mudah untuk dibuka.

Bengkung bersalin moden

Seakan korset dengan cangkuk, zip, zap-on dan tiub. Lebih mudah untuk dipakai dan sangat sesuai untuk yang bersalin secara ceaser.

Kaedah tradisional ini terbukti mampu mengembalikan bentuk badan idaman setiap wanita selepas bersalin.
Berbengkung juga bagus diamal bagi menjaga kesihatan dalaman.

“Bengkung” selalunya dipakai selepas rawatan mengurut, bertungku atau bertangkas.
Seeloknya, ia dipakai selama 44 hari sepanjang proses berpantang.

Antara faedah memakai bengkung bersalin ialah:

Berbengkung selepas bersalin:-

Mengempiskan perut dan memulihkan kulit perut
mengurangkan kesan regangan, menghilangkan tompok hitam pada kulit perut.
Membuang angin dalam badan.
Mengembalikan kedudukan peranakan/mengelak rahim jatuh.
Mengecutkan rahim yang bengkak selepas bersalin.
Mempercepat proses pengeluaran darah kotor.
Mengelak badan dari ‘masuk angin‘.
Mengelak masalah perut buncit dan menggelebeh.
Membantu menghilangkan sakit belakang.
Menguatkan kembali kedudukan tulang belakang.
Mengurangkan rasa sakit pada perut.
Mengetatkan otot perut yang longgar semasa hamil.
Memecahkan lemak dan selulit.
Menggalakkan postur badan yang baik.
Membantu proses penyusuan.
Mencegah makan lebih banyak.

Cara berbengkung yang betul
Mudah saja untuk berbengkung dan menjaga bengkung ini.
Mari ikut langkah di bawah:-
Pertama: Sediakan bengkung.
Lapik bengkung dengan kain lain agar tidak kotor.
Alas bengkung dengan daun pandan atau lengkuas.
Kedua: Sapu herba, rempah atau minyak & krim khas untuk berbengkung pada perut, belakang badan dan paha.
Ketiga: Pakai bengkung dengan cara berdiri atau berbaring.
Keempat: Lilit dan ikat bengkung dengan kemas dan kuat.
Penting: Pakai bengkung sekurang-kurang selama 5 jam sehari atau lebih bergantung dengan keselesaan siibu.
Ikat bengkung dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul atau pun dari bawah hingga ke bawah payudara.
Ibu yang bersalin secara caesarean perlu tunggu sekurang-kurangnya 2 hingga 3minggu sebelum memakai bengkung, sebaiknya perlu dapatkan nasihat daripada dokter.



PARAM
Ramuan yang disapu ke seluruh badan kecuali perut. Berfungsi mengecutkan kembali otot-otot dan urat-urat badan yang bengkak di samping membantu menghaluskan kulit.
Menghindarkan masalah angin yang menjadi musuh utama ketika tempoh berpantang.
Memberi kesan 'warming sensation' agar badan tidak sejuk dan kebas yang boleh menyebabkan bentan.



PILIS
Ramuan ini hanya disapu pada bahagian dahi sahaja. Membantu meringan dan menyejukkan kepala, Mengelakkan pening dan sakit kepala, menghindarkan pitam dan mengurangkan tekanan darah.

Kulit kayu manis dan jintan hitam adalah antara bahan yang digunakan dalam ramuan param dan pilis selain herba-herba terpilih yang mujarab ketika tempoh berpantang.

TAPEL

Ramuan ini disapu pada bahagian perut sebelum memakai bengkung atau barut.
Berfungsi mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengecutkan peranakan dan mengempiskan perut.



Jenis-jenis rawatan melayu yang selalu dilakukkan oleh para ibu ketika dalam tempoh berpantang.

Rendaman faraj
Tangas kering
Tangas basah
Berbengkung
Berpilis
Berparam
Bertuam
Bertungku
Berlulur
Berbarut
Menyangul rambut
Berstokin
Bertapel
Berurut
Rendaman faraj
Berdiang
Bersalai
Berganggang
Mandi serum
Mandi herba
Menjaga pemakanan
Amalan berpantang


Rawatan Melayu lama jangan pernah dilupakan.


Perkhidmat Rawatan Berpantang Exclusive Mobile Beauty Rawatan Ala Kampung By Ara Mobile Beauty.

Kami Menyediakan Khidmat Exclusive Mobile Beauty Treatment Terus Ke Rumah Anda

| Home spa | Mobile Home Spa | Mobile treatment | Confinement & Massage | Rawatan Spa Buat Ibu Mengandung | Rawatan Berpantang Bagi Ibu Yang Mengalami Keguguran | Rawatan Dalam Pantang | Rawatan Bayi | Prenatal | Rawatan Rutin kecantikan Dan kesihatan |

Perkhidmat Rawatan Berpantang Harian Ke Rumah Pelanggan, 

Mengikut Masa Rawatan Yang Ditetapkan Mengikut Setiap Pakej Yang Ditawarkan. 

Ara Mobile Beauty

No pendaftaran perniagaan: IP03578855-R /573535

Alamat: Pejabat inkubators-s11, tingkat 2, wisma sedco 88000, Kota Kinabalu Sabah.


๐Ÿ’†๐Ÿป‍♀️๐Ÿ›€๐Ÿง–‍♀️Rawatan berpantang secara alami gabungan tradisional dan moden 


Kami Menyediakan Khidmat Rawatan Exclusive Mobile Beauty Treatment Terus Ke Rumah Anda

| Home spa | Mobile Home Spa | Mobile treatment | Confinement | Rawatan Dalam Pantang | Rawatan Bayi | Pakej Pembersihan Uri&Tanam Uri | Rawatan Buat Ibu Mengandung | Rawatan Buat Ibu Yang Mengalami Keguguran | Rawatan kecantikan&kesihatan | 


Founder Ara Mobile Beauty

No pendaftaran perniagaan: IP03578855-R 

Instagram: Postnatalsabah | post_natal_sabah

whatsapp: Puan Ara

www.wasap.my/60167145100

Jemput ✅ LIKE PAGE FACEBOOK: Post natal sabah

Info lanjut boleh layari blogger : postnatalsabaharamobilebeauty.blogspot.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pakej Rawatan Pantang-kota kinabalu Sabah

Sejarah dan asal usul berpantang bangsa melayu yang menjadi ikutan sehingga ke hari ini.

Kelas rawatan berpantang-kota Kinabalu Sabah