KERJA KEBAJIKAN~ARA MOBILE BEAUTY

RAWATAN SECARA PERCUMA BERPANTANG TRADISIONAL.
Objektif
Rawatan secara percuma rawatan berpantang ini adalah untuk memberi dan membantu para ibu selepas bersalin, dan semestinya tujuan utama adalah bagi memberi penekanan kepada setiap ibu tentang pengetahuan dan kepentingan nutrisi yang cukup serta seimbang selepas kelahiran agar si ibu sentiasa bertenaga, sihat, dan ceria. Ia adalah bertujuan bagi membantu ibu dalam mengatasi dan menangani penyakit tekanan perasaan atau meroyan yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita selepas melahirkan. Usaha Berterusan Membantu Golongan Orang Kurang berkemampuan.
Matlamat
Matlamat yang perlu dicapai, utamanya untuk kesihatan ibu dan bayi. Di sini dikongsikan beberapa matlamat tersebut untuk ibu dan bayi semasa postnatal, berlaku perubahan hormon yang mempengaruhi fizikal dan emosi ibu. Oleh yang demikian penjagaan posnatal adalah penting bagi memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan yang sihat. Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu lepas bersalin untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh selepas bersalin.

Rencana akan datang 
Perancangan seterusnya yang direncana pihak saya Ara Mobile Beauty ialah membina team terapi urut untuk lebih ramai lagi membantu ibu-ibu yang dalam keadaan susah dan serba kekurang untuk merawat diri dalam tempoh berpantang, dan remaja yang melahirkan anak yang tidak sah taraf. Selain agihan barangan keperluan dalam pantang makanan dalam pantang. Selain itu jugak tujuan saya dan impian saya untuk mendirikan sebuah pusat perlindungan buat remaja, Remaja dan budak yang bawah umur, dibawah jagaan makamah, mereka ditempatkan disuatu tempat perlindungan yang selamat bagi tujuan berpantang dan merawat diri serta emosi daripada kesakitan, selain itu dapat membantu mereka dan memberi sokongan untuk mereka kuat untuk berdepan dengan masyarakat selepas habis proses berpantang. Ada diantara remaja diluar sana yang terpedaya dengan pujuk rayu lelaki, yang terlanjur, kurang didikan agama, yang diperkosa tanpa kerelaan, yang teranaya, yang dijadikan mangsa keadaan, saya perlu bantu mereka, pusat ini didirikan bukan untuk kepentingan politik atau kepentingan diri saya sendiri, tetapi tanggungjawab saya kepada mereka.
Pendahuluan
Kerja amal ini berjalan dengan jayanya dan agenda seterusnya adalah meneruskan bakti amal sesama insan dalam Malaysia khususnya di Sabah. Di negeri ini lah saya mencari rezeki dan disini lah saya ingin menabur bakti, selagi mana saya terus tinggal disini. Kerja amal, adalah idea diInspirasi oleh saya sendiri Puan Ara & kerjasama daripada pembantu trapis saya. Tujuan utama program adalah untuk menyalurkan sokongan moral dan bantuan barangan asas dalam pantang, barangan asas baby dan bantuan rawatan selepas bersalin, projek amal ini turut ingin membantu mengurangkan bebanan kesakitan ibu selepas bersalin. Atas keprihatinan sesama insan, kerja amal ini tidak berkolaborasi dengan mana-mana pihak ianya dilakukkan sendiri, oleh saya perkerjaan-perkerja dan rakan-rakan. Selain agihan barangan keperluan dalam pantang makanan dalam pantang. Seterusnya, pihak Ara Mobile Beauty yakin apa yang dikerjakkn selama ini bukan untuk membina nama tetapi tujuan utama adalah untuk mendekati mereka dan bantu mereka serta mengeratkan siratulrahim dan pada masa yang sama memupuk minat di kalangan belia untuk membantu insan-insan yang kurang bernasib. projek amal tidak dibayar dan hanya memerlukan tenaga dan masa namun ia adalah amalan murni yang perlu diterap dalam diri untuk menjadikan kita lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan trhadap orang ln. Indah perancangan yang allah aturkan buat saya, smoga setiap yang dikerjakkan diberkati oleh allah.
"Saya rasa macam saya dipukul dengan kesedaran bahawa hidup ni sebenarnya singkat."
"Semoga kerja amal ini menjadi panduan serta motivasi kepada rakan-rakan diluar sana untuk berbuat amal kebajikan terhadap sesama insan."
Sumbagan selepas Ramadan Tahun2019
Lama jugak saya kenal dengan Puan Jamaliah Usin dia banyak jugak bantu saya, dan promosi perkhidmatan dan rawatan yang saya buat, buat ibu berpantang, jadi tak lupa buat mereka yang memerlukan, khususnya ibu tunggal, memandangkan saya bukan orang asal sabah, jadi untuk menyalurkan bantuan saya perlukah khidmat bantuan daripadanya untuk mencari ibu-ibu tunggal. Terima kasih juga buat pelanggan saya, sentiasa support perniagaan saya, dengan hasil daripada wang gaji saya dapat saya menyalurkan bantuan ini, sama-sama kita mengurangi nasi dan beban orang yang kurang berkemampuan. 
Ada kenagan kami smua bersama artis sabah Sakinah onduk, terhibur puan Jamaliah dan anak - anak, terima kasih buat semua. 

Cerita Bersama keluarga Puan Rubi Tahun2019
Assalamualaikum saya berkongsi pengalaman dengan semua tentang rawatan amal yang saya lakukan, untuk mengurangi rasa sakit seorang ibu selepas melahirkan, senyuman anak-anak mereka tanda mereka bahagia dan gembira, diatas apa yang telah diberikan dan disumbangkan untuk mereka. Saya kongsi Moment indah bersama keluarga Puan Rubi. Saya doakan keluarga indah dipermudahkan segala urusan mereka di dunia dan akhirat, semoga nasib anak-anak terbela dan hidup sempurna seperti kanak-kanak yang lain.
Malam sebelum Sampi ke sini, Puan Jamaliah ada mesaj dan bagi tahu saya ada 1 keluarga yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan, yang memerlukan barang - barang keperluan bayi dan sedikit bekalan makanan.
Khabarnya anak-anak Puan Rubi semuanya tidak bersekolah kekangan dari sumber kewangan dan dari keadaan mereka yang sebelum ini berpindah randah, jadi itu yang timbul masalah untuk anak-anaknya bersekolah. Saya sedih, apa daya saya, untuk bantu mereka untuk pergi ke sek untuk jadi anak-anak yang pintar, sahabat saya Puan Jamaliah turut bantu anak-anak ini turun naik ke sek untuk momohon ke masukkan mereka semua ke sekolah.
Saya harap semua urusan anak-anak puan Rubi dipermudahkan Allah.
Anak-anak adalah rezeki daripada Allah corak mereka dengan lakaran indah....
Saya juga ada membawa perkhabaran gembira buat Puan Rubi, dia terima perlawanan saya untuk memberikan perkhidmatan percuma, urut dalam pantang, mandi bayi dan mencukur rambut bayi. InsyaAllah semoga apa yang saya rencanakan untuk Puan Rubi dipermudahkan Allah.
Disini saya abadikan kenangan bersama Puan rubi, tiada apa yang mampu saya berikan buat mereka selain membantunya dengan kudrat yang saya ada. Semoga Allah memberkatinya amin.
Ribuan terima kasih kepada Warisan selatan atas sumbangan dan hadiah buat keluarga Puan Rubi.


Cerita puan hidayah Tahun2018
Suatu hari saya dapat pesanan daripada whatsapp dari seorang wanita yang bernama Puan Hidayah, dia menyatakan hasratnya untuk berurut, tetapi dia serba kekurangan, lumpuh separuh badan dan tidak kemampuan. Saya ambik keputusan untuk memberikan perkhidmatan rawatan urut percuma buat Puan Hidayah, ternyata setiap aturan allah sgguh indah, walaupun cuaca kurang cantik hasrat saya untuk berjmpa dengannya termakbul juga. Kebetulan semasa saya ditawau, Pembantu saya yang banyak tolong saya, untuk membuat rawatan urutan kepada Puan Hidayah, alhamdulillah 3hari rawatan urut berpantang dilakukan buat Puan Hidayah.
Hari yang saya bertemu Puan Hidayah, saya betul-betul rasa terkesan sedih apa yang sudah dilaluinya, allah beri ujian tanda Allah saya pada kita, dia beri ujian yang hebat tanda kita kuat untuk menghadapinya.
Puan hidayah seorang yang kuat, maafkn saya mengalir air mata saya melihat kesusahan
Yang ditanggungnya... "dia senyum je, lumpuh separuh badan Kemalangan jalan raya pada usia 20thn kalau tidak silap, anggota yang dapat digerakkan hanya tangan dan kepala, alhamdulilah puan hidayah boleh duduk dan mengiring dengan berpaut pada besi katil. Bila lihat wajah si kecil, allah.... sungguh besar kebesaran mu kau beri ibu yang lumpuh ini, merasa detik kesakitan ketika bersalin, menjadi dan bergelar seorang ibu.... tiada yang mustahil selainan daripada kebesaran mu... Tersentuh hati saya setiap ujian yang allah bagi itu berbeza, sabar, muhasabah diri, redha insyaallah kita blh terima kenyataan dan suratan hidup kita. Yang pnting usaha, dan trus bersemagat untuk meneruskan kehidupan. Trlalu banyak yang saya belajar dalam kehidupan orang lain. Terima kasih allah, kerana membuka pintu hati saya untuk memberikan sumbangan dari segi tenaga dan membantu apa yang perlu dilakukan.
Saya simpan kenangan ini buat egatan dan memori indah dalam hidup saya, saya belajar erti kekurangan dalam kehidupan.

Sekian terima kasih.

Cerita Hajah Taisah Tahun 2015
Bila saya tengok kisah hidup hajah taisah diviral, rasa terpanggil utk bantunya dan melawatnya. 
Hajah Taisah sudah kematian suami, dia tidak punya anak atau suami, suaminya dah lama meninggal, dia tggal dirumah yang usang, jika dilihat dari luar seperti rumah tinggal, hajah taisah ada adik, anak saudara mereka tinggal tidak jauh daripada rumah hajah Taisah, dalam sehari ada ahli keluarga yg datang membersihkan najis, dan memandikannya, bukan selalu ahli keluarganya dapat membantu dan bersamanya kerana mereka punya keluarga dan kehidupan sendiri. 
Saya abadikkan kenangan bersama Hajah Taisah disini,  terasa hati saya rindukan orang tua yang jauh dimata. 
Kerja amal bersama saw salmiah, sahabat baik saya, kami sama-sama dalam menjayakkan misi dan visi untuk beramal dan berbakti kepada orang tua, dan membantu mereka yang kurang bernasib baik, kurang perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak.
Urutan kasih sayang dari saw salmiah buat makcik Hajah Taisah.
Saya terpandang kisah makcik Hajah taisah yang viral seketika dlu, di fb, tanpa berfikir saya dan rakan saw salmiah terus bergegas ke kediaman hajah taisah, sempat berbual-bual bertanya tentang datar belakangnya.
Ni jiran makcik Hajah, sempat lah kami borak-borak dan bergambar untuk dijadikkan kenagan dalam hidup kami.

Sempat saw salmiah memberi urutan kasih sayang buat makcik hajah taisah.
Dari apa yang diceritakan makcik hajah Taisah, seorang balu, lama sudah suaminya meninggal dunia, dia tiada anak kandung sendiri, yang ada cuma anak angkat, keadaannya uzur tinggal seorang diri, dia hanya berpaut pada kain yang digantung untuk dia bagun dan duduk. Dia tidak dapat menguruskan dirinya sendiri.
Senyuman seorang ibu.....
Mak cik Hajah Taisah bagi tahu, esok dia akn ke hospital untuk cek kesihatan, kemudian dia akan dihantar kerumah orang tua-tua. Sedihnya, tak dapat jumpa dengan makcik hajah lepas ni.
Ada kenagan kami disini....
Gambar dihadapan rumah makcik Hajah Taisah.
Banyak pengalaman dan pengajaran tentang hidup kita akan berlajar dari kehidupan insan lain.

Semoga allah sentiasa memberkati setiap langkah perjalanan kita amin.....
Kediaman ruamah makcik Hajah Taisah dikelilingi pokok-pokok keladi, indah suasa disini.
Sumbagan iklas kami dari saya dan saw salmiah, buat mak cik Hajah Taisah, semoga allah memberi umur yang panjang, kesihatan yang baik, rezeki yang berlimpah ruah buat makcik. Semoga allah sentiasa melindungi dan menjaga makcik.
Amin.

Cerita Puan Adawiyah Tahun2019
Saya terpandang post puan fb:Cahaya Rezeki Adawiyah, ibu yang sedang mengandung, kesempitan wang hidup susah dan tidak mempunyai kerja tetap.

Sumbagan dari saya dan suami, barangan yang tidak seberapa, daripada kami, harap mereka satu keluarga bahagia. Singgah KFC, bli ayam untuk anak-anak Puan Adawiyah, Msti mereka gembira.

Suami saya malu, bila bergambar...

Alhamdulillah dapat juga jumpa puan, dan anak-anaknya, mereka tinggal di blik sewa, dibandaran sungguh sedih dan menyayat hati. 

Anak puan, mmg comel pintar...

Insya Allah ada rezeki makcik, makcik akan datang Lagi ya, jagan nakal-nakal jadi anak yang soleh ya...


Ulasan

Ara Mobile Beauty berkata…
Semoga kerja amal ini menjadi panduan serta motivasi kepada rakan-rakan diluar sana untuk berbuat amal kebajikan terhadap sesama insan.

Catatan popular daripada blog ini

Pakej Rawatan Pantang-kota kinabalu Sabah

Sejarah dan asal usul berpantang bangsa melayu yang menjadi ikutan sehingga ke hari ini.

Kelas rawatan berpantang-kota Kinabalu Sabah