Pakej Rawatan berpantang



SERVIS YANG DITAWARKAN
RAWATAN BERPANTANG
Pakej-pakej berpantang bermula dari rawatan 3 hari hingga ke 30 hari yang merangkumi rawatan untuk ibu dan baby sekali. Setiap pakej berpantang telah direka khas supaya dapat memenuhi segala keperluan setiap ibu. Pakej-pakej kami adalah sangat fleksibel. Ibu-ibu mempunyai pilihan untuk menikmati perkhidmatan kami sejurus selepas bersalin.

๐Ÿ’†๐Ÿป‍♀️PAKEJ PANTANG BERSALIN UNTUK IBU MELAHIRKAN SECARA NORMAL.
Amat Disyorkan Perawatan Pantang Bersalin Selepas 3hari selepas bersalin.

๐Ÿ’†๐Ÿป‍♀️PAKEJ PANTANG BERSALIN UNTUK IBU MELAHIRKAN SECARA PEMBEDAHAN.
Amat Disyorkan Perawatan Pantang Bersalin Selepas 7 hari – 10 hari selepas pembedahan.

๐Ÿคฑ๐ŸปSetiap pekej mengandungi beberapa pilihan pekej agar sepadan dengan kemampuan dan keperluan pelanggan. Terdapat 3 pilihan pekej iaitu :

1 hari, 3 hari , 5 hari, 7 hari , 10 hari, 14 hari , 21 hari , 30 hari

๐Ÿ’†๐Ÿป‍♀️Mengikut tradisi, di nasihatkan Berurut sekurang kurangnya 3 hari berturut turut atau lebih kerap adalah lebih baik.

SERVIS YANG DITAWARKAN
RAWATAN BERPANTANG ALA CARTE

SERVIS YANG DITAWARKAN
RAWATAN BERPANTANG ASAS

SERVIS YANG DITAWARKAN
RAWATAN BERPANTANG EKLUSIF
KELEBIHAN RAWATAN

Di zaman dahulu tidur di atas katil "berdiang" sepanjang tempoh berpantang. Ia katil kayu yang panjang dan dibawahnya diletakkan bara api. Ibu berpantang akan tidur di atas katil tersebut selama 40 hari tempoh berpantang. Bahang panas dari bara api akan memanaskan badan ibu yang berpantang. Proses berdiang itu sangat bagus untuk merawat urat-urat dan tubuh yang sakit sepanjang proses kelahiran.
Di zaman ini tentunya ramai yang tidak kenal pun dapur berdiang. Apatah lagi menjalani proses berdiang itu sendiri sekalipun ia memang baik untuk kesihatan tubuh badan. Namun ada alternatif lain yang lebih baik iaitu "berdiang" dengan pelapik tilam panas. Tilam panas ini sangat bagus merawat sakit urat dan tubuh yang dialami semasa bersalin. Badan akan rasa berpeluh selepas tidur beberapa jam di atas tilam tersebut. Selain itu ia membekalkan fungsi-fungsi Sinar Inframerah, Ion Negatif dan ia juga mengandungi Elemen Pemanas Karbon Bertebat berkualiti tinggi. Pendek kata tilam ini memang banyak membantu memulihkan kesihatan sepanjang tempoh selepas bersalin.
Kami masih lagi mengekalkan identiti dalam rawatan yang dijalankan iaini rawatan tradisional melayu. Ada 3 jenis cara dalam proses rawatan berdiang, bersalai, mahupun berganggang sebab itu rawatan yg disediakan ini eklusif buat ibu-ibu dalam pantang. Dalam rawatan eklusif ini ianya lebih lengkap dengan rawatan berdiang, atau bersalai, sama ada dgn cara moden mahunpun tradisional.

Info:
Rawatan bertangas, sauna tidak termasuk didalam pakej rawatan berpantang yang ditawarkan, jika berminat untuk melakukkan rawatan tersebut cas akan dikenakan bagi setiap rawatan tangas dan sauna.
Rawatan Bertangas
Rawatan ini dilakukan selepas hari ke-30 bersalin selama 10 hari berturut-turut apabila darah nifas telah kering. Rawatan ini dipercayai dapat mengeluarkan sisa toksin dan merawat luka. Untuk ibu yang bersalin secara pembedahan, bertangas boleh dilakukan selepad 30 hari keatas tetapi haruslah dipastikan bahawa luka betul-betul sembuh supaya tidak berlaku sebarang jangkitan pada luka. Jangan bertangas terlalu awal iaitu kurang dari 30 hari berpantang kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan jangkitan pada ibu yang bersalin secara pembedahan atau normal.
Bertangas diawal pantang tidak digalakkan untuk mengelakkan jangkitan di bahagian vagina kerana campuran darah nifas yang masih banyak mengalir dan wap herba. Gabungan yang tak sesuai dan boleh menyebabkan jangkitan infeksi.
Rawatan Sauna
Sauna di awal pantang bahaya untuk ibu lepas bersalin. Boleh menyebabkan hidrasi, pitam, dan tumpah darah. Disarankan selepas 15hari minimum, atau 20 hari ke atas lebih baik jika nak sangat bersauna, seminggu / 2 minggu, sekali sahaja.

                            SERVIS YANG DITAWARKAN
RAWATAN BERPANTANG EKLUSIF DAN LENGKAP 


SERVIS YANG DITAWARKAN
RAWATAN PENUTUP PANTANG
Rawatan ini amat digalakkan untuk dilakukan oleh ibu selepas tamat tempoh berpantang dan akan dilakukan pada hari ke 40-44,60 dan 100 hari berpantang. 
Rawatan ini membantu ibu memulihkan semula rahim (sengkak), menaikan seri wajah serta memberi tenaga dan aura selepas 6 minggu berpantang.
Penting bagi ibu untuk menyucikan diri daripada darah kotor dan membersihkan diri zahir dan batin. Urutan tenaga bertujuan untuk memulih dan menyegarkan tubuh ibu agar ibu bersedia dan yakin untuk memulakan hubungan kelamin setelah lama berpantang. Mandian aura khas untuk ibu mengembalikan aura seri muka dan menaikkan seri wajah. Rawatan ini bakal menyerlahkan seri dan menambahkan keyakinan ibu.
        

SERVIS YANG DITAWARKAN
RAWATAN PANTANG BAGI IBU YANG KEGUGURAN
Mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan badan akibat daripada kesan kesakitan akibat keguguran. 

Amat DiSyorkan Perawatan Pantang Bagi Ibu Yang Keguguran. 
๐Ÿ’†๐Ÿป‍♀️Amat DiSyorkan Perawatan Pantang selepas 3-7hari berlaku keguguran. 
๐Ÿ’†๐Ÿป‍♀️Kandungan diawal kehamilan 1-3bulan sebaiknya berpantang 2minggu jika kandungan berusia 4bulan sebaiknya berpantang dalam tempoh 30hari berpantang, kandungan yang berusia 7,8 bulan keatas perlulah berpantang sepertimana ibu yang bersalinkan bayi selama 44hari hingga ke 100hari.

SERVIS YANG DITAWARKAN
RAWATAN MANDI BAYI
RAWATAN CUKUR RAMBUT BAYI 
PAKEJ PEMBERSIHAN DAN PENANAMAN URI
Uri adalah sebahagian daripada bayi dan kerana itu ia perlu dijaga.
Cukur rambut bayi islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. Mencukur rambut ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya.


SERVIS YANG DITAWARKAN
RAWATAN SPA IBU MENGANDUNG 
Bagi wanita hamil yang mempunyai masalah ketika mengandung, sejarah kehamilan yang terdahulu, pernah keguguran. kandungannya masih di awal 12 minggu, tidak digalakkan untuk membuat urutan ni.
Pakej ini sesuai dilakukan bagi:
Usia kandungan 6bulan keatas.
Tiada masalah kesihatan ketika mengandung. 


SERVIS YANG DITAWARKAN
RAWATAN KECANTIKAN & KESIHATAN
๐Ÿ’†๐Ÿป‍♀️Kaedah tradisional ini juga mampu meresap hingga ke dalam badan wanita sekiranya diamalkan secara berterusan. Dalam erti kata sebulan sekali lakukan rawatan untuk mendapatkan kesan kesan yang ketara akan diperolehi untuk mendapatkkan kesempurnaan dalam memelihara kecantikkan tubuh badan.



SERVIS YANG DITAWARKAN
RAWATAN BUAT PENGANTIN 
๐Ÿ‘ฐSetiap pakej pengantin adalah kombinasi rawatan yang mampu memberi ketenangan fikiran dan memulihkan tenaga untuk menempuh hari yang penuh bermakna. 
Rawatan urut mampu memberi kebaikan kepada bakal pengantin dari segi melegakan kesakitan otot, melancarkan peredaran darah dan menambah fokus.

TERMA & SYARAT DALAM SETIAP PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN.
Baca dengan teliti dan fahami setiap terma dan syarat yang ditetapkan. 

   HUBUNGI KAMI

Perkhidmat Rawatan Berpantang Harian Ke Rumah Pelanggan, Mengikut Masa Rawatan Yang Ditetapkan Mengikut Setiap Pakej Yang Ditawarkan. 

Rawatan pantang Dari Ara Mobile Beauty. 
๐Ÿ’†๐Ÿป‍♀️๐Ÿ›€๐Ÿง–‍♀️
Kami Menyediakan Khidmat Rawatan Berpantang Terus Ke Rumah Pelanggan. 
| Home spa | Mobile Home Spa | Mobile treatment | Confinement | Rawatan Dalam Pantang | Rawatan Bayi | Pakej Pembersihan Uri&Tanam Uri | Rawatan Buat Ibu Mengandung | Rawatan Buat Ibu Yang Mengalami Keguguran | Rawatan kecantikan&kesihatan | 

 Mobile Beauty
Jemput ✅ LIKE PAGE FACEBOOK: Post natal sabah
Info lanjut boleh layari blogger : postnatalsabaharamobilebeauty.blogspot.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pakej Rawatan Pantang-kota kinabalu Sabah

Sejarah dan asal usul berpantang bangsa melayu yang menjadi ikutan sehingga ke hari ini.

Kelas rawatan berpantang-kota Kinabalu Sabah